Bakul 0

Bina Rumah atas Tanah Sendiri

Bina Rumah atas Tanah Sendiri

Bagi sesiapa yang merancang membina rumah atas tanah sendiri selalu memikirkan samada ingin melantik kontraktor untuk membina rumah sendiri atau berusaha sendiri untuk menyiapkan rumah dengan hanya mencari tukang yang berpengalaman untuk membantu anda menyiapkan rumah idaman anda hasil dari wang yang sudah disimpan lama atau wang dari KWSP yang sudah disimpan berpuluh tahun dengan titik peluh anda selama berkerja puluhan tahun.

Sebelum sebarang perbelanjaan dibuat, anda perlu fikirkan kaedah terbaik untuk memastikan wang yang anda simpan puluhan tahun tersebut dapat digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan rumah anda.

Pada kebiasaanya kalau anda melantik kontraktor untuk membina rumah anda, sudah pasti kontraktor tersebut akan minta wang deposit untuk memulakan kerja dan pada kebiasaanya adalah :-

10% Deposit

20% Pembelian Bahan

Kalau harga rumah RM200K : 30% adalah RM60K

Kalau ada berjumpa dengan kontraktor yang jujur dan amanah kira anda bernasib baik dan perlu bersyukur kepada Allah kerana menemukan anda dengan kontraktor yang jujur dan amanah..Tapi bagaimana klu ditakdirkan wang deposit + kos bahan yang RM60K tersebut lesap dan kontaktor yang anda lantik dah hilang dari radar.

Ramai orang akan berkata, klu ada surat perjanjian kita boleh tuntut di mahkamah tapi berapa lama proses diambil oleh mahkamah menyelesaikan masalah anda? itu pun klu anda mempunyai bukti lengkap tentang penipuan/penyelewangan tersebut dan masa anda dah banyak terbuang sebab berusaha mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan wang RM60K yang sudah ditangan kontraktor.

So, cara terbaik adalah anda berusahalah sendiri dengan mencari tukang dan uruskan pembinaan rumah dari A - Z, itupun jika anda ada pengalaman dalam kerja pembinaan rumah atau anda ada pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan tapi kalau anda Zero Knowlegde dalam kerja-kerja pembinaan rumah maka lebih baik anda mencari keluarga/kawan atau seseorang yang anda boleh percayai untuk membantu anda dalam urusan pembinaan rumah.

Tapi perlu diingat, orang yang anda cari, perlulah seseorang yang boleh dipercayai dan benar-benar berpengalaman dalam pembinaan rumah..jangan hanya "Sembang Kari" saja..semua pun boleh buat tapi realitinya satu apa pun tak tau tapi minta bayaran tinggi untuk kerja membantu/nasihat berkaitan masalah teknikal ditapak kerja-kerja pembinaan rumah anda. Perkara seumpama ini dah banyak berlaku kebelakangan ini, maklumat banyak boleh diperolehi dari pelbagai Group FB yang tuan rumah menghadapi pelbagai masalah samada dengan Kontraktor, Tukang Rumah atau Penasihat Teknikal. 

Tapi kalau anda mempunyai modal yang besar dapat melantik arkitek dan peguam untuk menguruskan pembinaan rumah anda..mungkin masalah diatas dapat dielakkan tapi perlu diingat ianya memerlukan kos yang besar,

Jika anda tinggal di Labuan dan hadapi situasi diatas dan memerlukan nasihat atau kontraktor untuk membina rumah ditanah sendiri..boleh hubungi kami RAS Sinar Enterprise 60125531838

Pihak kami bersedia berbincang dan mencari kaedah terbaik dalam membantu anda menyiapkan rumah anda hasil dari wang titik peluh anda yang simpan puluhan tahun untuk sebuah rumah idaman.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.


Produk Berkaitan



Seterusnya Sebelumnya